Sedikit perubahan untuk ergonomi Maverick.


Pasti ramai yang perasan kemaraan Maverick Vinales sejak GP Argentina lalu bukan? Beliau sudah mula mampu mencatat masa terpantas buat seketika dan pada perlumbaan pula, keputusannya agak baik iaitu dalam kelompok 10 teratas. Untuk pengetahuan semua, perlumbaan di Austin lepas menjadi sejarah buat dirinya apabila untuk kali pertama, Top Gun berjaya melintasi garisan penamat sebelum rakan sepasukannya, Aleix Espargaro.

Penampilan Maverick yang kian baik bermula GP Argentina itu datang daripada sedikit perubahan dalam hal ergonomi. Menurut Vinales, jentera Aprilia itu lebih besar dan tinggi manakala gaya tunggangannya pula sangat berbeza dengan Aleix yang mana disifatkan dirinya berada di 'luar' jentera manakala Aleix pula di 'dalam'. Oleh sebab itu, 'handle bar' RS-GP yang ditunggang Maverick telah direndahkan sedikit agar badannya menjadi lebih rendah ketika berada di selekoh dan ia lebih selesa.

Ternyata untuk menjadi kompetetif, sedikit dan sekecil perubahan amat penting dan perlu diambil kira. Ia bukan satu tugasan yang mudah buat seorang pelumba namun itulah cabaran dalam dunia perlumbaan motorsikal.

Comments

Follow Us