Tiga Pelumba Malaysia di MotoGP eSport

 

Minggu yang sangat sibuk bagi sukan permotoran dua roda dan empat roda peringkat Antarabangsa yang bakal melibatkan 4 wakil negara iaitu didalam kojohanan WorldSBK, Moto3, RBRC dan F3.

Kehangatan sukan maya peringkat antarabangsa juga bakal menyaksikan penampilan tiga pelumba eSport Malaysia dari Kelab MEM yang berjaya melayakkan diri ke MotoGP Esport Global Series 2022, sesuatu yang harus dibanggakan.

Ketiga-tiga mereka adalah antara yang terpilih untuk berentap bagi mewakili 12 jentera didalam kejohanan MotoGP bersama dengan pelumba lain dari Eropah. Perlumbaan pertama akan diadakan di Mugello, Italy pada bulan Mei dan pelumba-pelumba yang terpilih akan kesana dibawah pasukan masing-masing.

Berikut merupakan info pelumba yang bakal mewakili Malaysia kelak.

1) Aisy Amani Zikry (Eiky 13) berasal dari Rawang, Selangor dan berumur 17 Tahun. Percapaian beliau adalah tempat ke-2 dalam kedudukan mata 2022 MotoGP eSports Pro-Draft Challenge kategori Rest of The World (95 pts), Champion MEM Esport Club Championship Season 1/2021 kategori PS4, Naib Johan EU Pro Championship Season 2 (PC), Podium P2 MotoGP eSports Regional Final Rising Stars race. 

2) Muhamad Fakhri Hakimi Bin Pazil (Santan) yang berasal dari Sungai Petani, Kedah kini berumur 27 tahun. Percapaian beliau didalam eSport adalah tempat ke-7 dalam kedudukan mata 2022 MotoGP eSport Pro-Draft Challenge kategori Rest Of The World (64pts), Naib Johan MEM Esport Club Championship Season 1/2021 kategori PC

3)  Khairi Haziq Bin Roslan (Khairi Haziq) yang berasal dari Ipoh, Perak kini berusia 19 tahun. Pencapaian beliau adalah tempat ke-8 dalam kedudukan mata 2022 MotoGP eSport Pro-Draft Challenge kategori Rest Of The World (60pts), Layak berlumba MotoGP eSports Regional Final Rising Stars race. 

Sedikit maklumat mengenai kejohanan MotoGP eSport musim 2022. 5 pusingan akan diadakan sepanjang 2022 dimana 3 pusingan terus di litar yang terpilih (Mugello, Austria, Valencia) manakala 2 pusingan secara virtual. 24 pelumba akan dipilih untuk melayakkan diri ke slot MotoGP eSport Championship series melalui 4 cabaran ujian masa terpantas yang dilakukan secara atas talian. Pilihan pelumba dan litar untuk cabaran tersebut berbeza dan dipilih oleh pihak Dorna sendiri. Seterusnya 12 pelumba akan dipilih oleh 12 pasukan rasmi MotoGP untuk menjadi pelumba utama maya mereka, manakala 12 lagi akan menjadi pelumba simpanan. Pelumbaan pertama MotoGP eSport akan diadakan pada 27 May ini, di Autodromo Internazionale del Mugello, Itali.

Presiden MEM Esport Club, Encik Syahrul Nizam (Atok Awesome Gamer) menyeru agar rakyat Malaysia mendoakan kejayaan 3 anak muda ini mendapatkan tempat serta kejayaan untuk beraksi di MotoGP eSport.  Ketiga-tiga pelumba ini melakar sejarah membawa nama Malaysia ke persada MotoGP eSport Championship Series buat pertama kali sejak acara ini dimulakan pada tahun 2017. Pihak MEM eSport Club juga mengalu-alukan kerjasama serta tajaan daripada pelbagai pihak dalam menjayakan usaha visi dan misi MEM Esport Club. Dengan pencapaian ini, pihak MEM berharap dapat membuka mata pelbagai pihak terutama daripada Kerajaan bahawa MotoGP eSport ini juga merupakan kejohanan yang berprestij di peringkat antarabangsa dan mampu mengangkat martabat negara Malaysia.

Sama-sama kita doakan agar pelumba eSport negara mendapat pasukan yang terbaik dan mengharumkan nama negara kelak.

Teruskan bersama Two Wheels..!

#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #MGPM #TWmy

#MEMMotoEsportClub

#MotoGPeSport

#MotoGPMalaysia

#RoadToGlobalSeries

#kbsmalaysia 

#MESF

Comments

Follow Us