WSBK: Lagi rekod baharu tercipta.


Litar Aragon antara litar yang tidak asing lagi untuk penganjuran perlumbaan-perlumbaan motorsikal berprestij dunia. Bagi kejohanan WSBK, Aragon mula dimasukkan ke dalam kalendar pada Tahun 2011. Setakat tempoh 12 tahun ini, sebanyak 13 pusingan perlumbaan superbike telah diadakan. Musim 2020 menjadi yang teristimewa kerana diadakan dua kali ekoran masalah covid19 yang melanda dunia.

Pada saingan WSBK hujung minggu lepas, kita saksikan Jonathan Rea telah memenangi perlumbaan pertama atau pembuka musim. Kemenangan tersebut amat bermakna buat Rea dan juga WSBK sendiri kerana secara rasminya tercipta satu rekod baharu iaitu Rea menjadi juara terbanyak di Aragon berbanding pelumba-pelumba lain.

Kemenangan 9 kali itu mendahului catatan kemenangan daripada 8 pelumba keseluruhannya. Kenangan terbaik beliau ialah pada Tahun 2020 apabila menang 3 perlumbaan daripada 6 kesemuanya. 

Berikut ialah rekod kemenangan Rea di Aragon:
1. 2015: 1 kali
2. 2017; 1 kali
3. 2018: 1 kali
4. 2020: 3 kali
5. 2021: 2 kali
6. 2022: 1 kali


Comments

Follow Us