- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Tidak keterlaluan jika kita ingin mengatakan bahawa Aleix Espargaro adalah Title Contender musim ini.
Jika dilihat keputusan 3 perlumbaan terakhir daripada 7 perlumbaan, Aleix konsisten meraih tempat ke 3 yang bermula dari petak ke 3.
Ini keputusan yang menakjubkan untuk sebuah jentera Aprilia yang kita tahu sedang serius membangunkan jentera mereka.
Setakat ini beliau berjaya meraih 4 podium yang mana satu daripadanya adalah kemenangan pertama kali untuk Aprilia dalam era MotoGP.
Aleix kembali mendekati Fabio Quartararo yang berada dipuncak dalam kedudukan keseluruhan di tempat ke 2 dengan mengumpul 98 mata. Beliau hanya ketinggalan 4 mata dibelakang pelumba Perancis tersebut.
Lagi fakta menarik adalah, Aleix Espargaro adalah pelumba mengumpul podium terbanyak setakat ini dengan 4 podium. Mampukah beliau konsisten musim ini dan merangkul gelaran juara dunia? Kita nantikan
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment