Augusto diyakini Ajo.


Pelumba senior di Moto2, Augusto Fernandez telah menggembirakan pemilik pasukan, Aki Ajo dan juga seluruh warga KTM bila mana berjaya menjejakkan kaki di podium tertinggi pada perlumbaan lepas. Saingan di Perancis tersebut melihatkan Augusto unggul di kelompok hadapan bersama teman sepasukan Pedro Acosta namun di hujung perlumbaan, Agusto bergerak solo kerana Acosta kemalangan.

Memberi buah pandangan, Aki Ajo mengatakan bahawa pihak pasukan dan KTM sememangnya amat meyakini akan kemampuan Augusto. Ajo memberitahu, Augusto seorang pelumba yang pantas dan senantiasa tampil bersaing di kumpulan hadapan walaupun kemenangan tidak di pihaknya. Daya juang yang ditunjukkan membuatkan Ajo yakin bahawa Augusto akan mampu membawa nama pasukan sebagai juara dunia kelak.

Untuk pengetahuan semua, Augusto telah bersaing di kategori Moto2 sejak dari Tahun 2017 lagi namun hanya berjaya memenangi perlumbaan sebanyak 4 kali. Petak pertama pula hanya berjaya ditawan sebanyak sekali iaitu pada Tahun 2019 ketika bersama Pasukan Flex Box 40.

Adakah perlumbaan minggu ini juga berjaya ditawan Augusto?


Comments

Follow Us