Bagnaia pilih Miller berbanding Enea

 

Kerusi pasukan MotoGP paling panas sekarang iaitu Ducati menjadi bualan ramai. 

Nasib salah seorang pelumba Ducati, Jack Miller sehingga sekarang belum mempunyai kontrak di Ducati untuk musim 2023 nanti berbanding rakan pasukannya iaitu Pecco Bagnaia yang sudah selesa menandatangani kontrak bersama Ducati sehingga 2024. 

Jack Miller dipastikan akan tersingkir dan tempat beliau mungkin akan digantikan dengan Enea Bastianini ataupun Jorge Martin. Jika kita melihat prestasi sekarang, Enea lebih layak berada ditempat tersebut berbanding Martin. 

Namun daripada pihak Pecco pula, beliau ingin mempertahankan Miller untuk tetap bersama beliau kerana sudah selesa dan dalam masa yang sama memberikan vibes positif kepadanya untuk terus meningkatkan prestasi. Pecco yang sudah bersama Jack Miller sejak 2019 lagi sangat mengenali dan akrab dengan pelumba Australia tersebut  

Dengan pertahannya Jack Miller, mungkin kedudukan Pecco sebagai pelumba Nombor 1 Ducati tetap teguh dan diberikan layanan yang lebih baik. Jika Enea berada disana, mungkin kedudukannya tercabar dan sekaligus dapat memberikan impak negetif kepada hubungan sesama rakan pasukan. 

Dikhabarkan, Pecco kini sedang berusaha memujuk Ducati untuk terus kekalkan Jack Miller di dalam pasukan. 

Comments

Follow Us