Bajet, pemasaran & penyiaran.


Perpindahan RNF Racing Team daripada Yamaha kepada Aprilia mendapat perhatian ramai pihak. Dato Razlan sudah semestinya menjadi individu yang paling sibuk dalam melayan pertanyaan-pertanyaan daripada pihak media.

Antara isu utama yang ingin diketahui ramai ialah, kenapa keluar daripada Yamaha dan berhijrah kepada Aprilia? 

Umum ketahui bahawa Yamaha sudah lama bersaing di arena MotoGP dan mempunyai rekod yang sangat baik sebagai juara dunia sementara Aprilia pula ialah pucuk muda dan belum pernah mempunyai pasukan satelit.

Menjawab kepada persoalan itu, Dato Razlan menjelaskan, pakej yang ditawarkan oleh pihak Aprilia amat menarik dan yang paling penting ia selari dengan visi RNF untuk jangka masa panjang. RNF sememangnya antara pasukan yang suka mengambil pelumba-pelumba muda untuk diketengahkan dalam kategori teratas.

Ditambah lagi, Dato Razlan mengatakan pakej Aprilia lebih baik dari sudut bajet, pemasaran dan penyiaran. Itu merupakan faktor-faktor utama yang telah menambat hati RNF untuk menjalinkan kerjasama dengan Aprilia.

Comments

Follow Us