"Bukan gaya saya."


Andrea Dovizioso pernah menjadi nama besar di pentas MotoGP buat beberapa tahun kerana menjadi pesaing hebat dalam perebutan gelaran juara dunia. Beliau menduduki tempat kedua keseluruhan untuk 3 tahun dan tewas kepada Marc Marquez. Keserasiannya dengan Ducati tidak dapat disangkal lagi.

Selepas berehat setahun, Dovi kembali ke arena utama MotoGP tetapi bukan dengan Ducati. Beliau memacu jentera Yamaha di bawah seliaan Pasukan baharu iaitu RNF. Penampilannya kini tidak seperti yang diharapkan dan beliau langsung tidak mampu merebut podium setakat ini.

Karakter M1 yang dinadikan dengan enjin sebaris sudah diketahui bahawa mempunyai pecutan jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan Desmosdici. Dovi memberitahu, dengan M1 beliau mesti melepaskan brek seawal mungkin supaya momentumnya kekal tinggi. Ia juah daripada gayanya dahulu ketika bersama Ducati. Jika dengan Desmosdici pula, beliau boleh membrek kuat sehingga ke pertengahan selekoh dan kemudian memecut pantas sebaik keluar selekoh. 

Diharapkan Dovi mampu mengubah riding style secepat mungkin supaya kita dapat melihat kelibatnya lagi bersaing di kumpulan hadapan selepas ini.

Comments

Follow Us