CEV Repsol kini Finetwork FIM JuniorGP

 

Dengan perlumbaan pembukaan Junior GP minggu lepas, pasti ada yang tertanya-tanya mengapa ianya dijenamakan semula dari CEV Repsol kepada Finetwork FIM. Selain dari perubahan penaja utama kejohanan, FIM juga telah menaik taraf kejohanan tersebut bagi meningkatkan saingan serta nafas baru kepada kejohanan Junior GP, seiring dengan program ‘road to MotoGP’ oleh FIM.

Sebagai maklumat kita bersama, Finetwork adalah syarikat penyedia telekomunikasi mudah alih dan talian fiber berasaskan Vodafone yang ditubuhkan pada tahun 2019. Berpengkalan di Sepanyol, kini syarikat Finetwork memiliki jumlah pengguna seramai 800 ribu di seluruh Sepanyol iaitu kira-kira 2% dari jumlah penduduk disana. Walaupun jumlah ini agak kecil namun ianya merupakan satu kejayaan yang besar bagi sebuah syarikat telekomunikasi yang baru ditubuhkan.

Seiring dengan perubahan penaja dan penjenamaan semula kejohanan, tiga kategori utama masih dikekalkan iaitu kategori Moto2 yang menggunakan enjin Triumph, kategori Moto3 yang terbuka kepada semua pengeluar serta kategori European Talent Cup (ETC) yang masih mengekalkan Hawkers sebagai penaja kategori.

Untuk rekod, selain dari kejohanan Junior GP, Finetwork juga terlibat secara aktif dengan sukan-sukan di Sepanyol serta penaja kepada lagenda F1, Fernando Alonso serta pelumba Moto2, Pedro Acosta.

Dengan penarikan diri syarikat gergasi Repsol dari CEV, adakah ini menjadi tanda-tanda awal ketiadaan Repsol di lapangan MotoGP kelak?

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us