Dato Razlan dikatakan tertarik kepada Calestino Vietti.


Temuramah antara pihak MotoGP dengan pengurus Calestino Vietti telah merungkaikan perihal masa depan pelumba tersebut. Ini berikutan kenyataan yang dikaitkan dengan Dato Razlan sebagai principal RNF yang dikatakan berminat untuk mengambil Vietti sebagai pelumba di pasukannya nanti. 

Pengurus Vietti menjawab pertanyaan wartawan dengan memberitahu setakat masa ini pihaknya belum mendapat kunjungan daripada Dato Razlan. Sememangnya mereka sudah mendengar dan ketahui akan perkara tersebut namun untuk waktu ini mereka tidak boleh memberitahu apa-apa sehinggalah wujudnya perbincangan antara kedua pihak.

Jika dilihat akan kebarangkalian Vietti sertai RNF, ia sangat tinggi kerana Vietti kini berada dalam posisi yang baik bagi kategori Moto2 dan beliau juga ialah pelumba dari Itali, selari dengan penaja utama RNF iaitu WithU. Sekiranya Vietti berjaya bergelar juara dunia tahun ini sudah semestinya banyak pasukan akan tertarik dengan beliau dan dijangka akan berlaku perebutan.

Comments

Follow Us