Hadiah buat Enea.


Pada sesi latihan di Jerez lepas, pihak Ducati telah memberikan 'hadiah' kepada Enea Bastianini iaitu berupa pakej aerodinamik GP22.

Seperti yang kita ketahui, Enea kini sedang menggunakan jentera Ducati GP21 iaitu setahun lebih tua daripada pelumba-pelumba utama di pasukan kilang. Walaupun begitu, usaha dan persembahannya sangat mengagumkan kerana berjaya memenangi perlumbaan dengan jentera yang sedikit ketinggalan itu. 

Oleh sebab itu, pihak Ducati dengan berbesar hati akan membekalkan Enea dengan pakej aero terkini secara percuma. Dengan erti kata lain, pasukan diwakili Enea, Gresini tidak perlu membuat bayaran tambahan untuk kelengkapan tersebut. 

Menurut pihak Ducati, Enea sememangnya layak untuk menggunakan spec yang terbaik kerana prestasi beliau sungguh cemerlang. Bagi Enea pula, dirinya berasa sungguh gembira dengan 'layanan' pihak Ducati dan beliau amat menyukai aero GP22 tersebut kerana ia membuatkan jenteranya menjadi lebih stabil ketika berada di bahagian selekoh.

Comments

Follow Us