Jack Miller sudah tandatangan kontrak dengan KTM?

 

Umum mengetahui bahawa bursa perpindahan pelumba buat masa ini semakin memanas. Para pasukan sibuk mencari pelumba untuk bersaing di pasukan mereka tahun depan terutama pasukan utama kilang. 

Perpindahan Paling sensasi, pelumba daripada Australia, Jack Miller mendapat perhatian kerana beliau dijangkakan bakal tersingkir di pasukan tersebut walaupun beliau boleh dikatakan prestasi beliau tidak kurang hebatnya. 

Namun Ducati inginkan lebih lagi tambahan pula mereka mempunyai ramai calon yang boleh menunggang jentera tersebut di pasukan satellite. 

Daripada salah satu media dari Itali iaitu Sky Sports, percaya bahawa kontrak Jack Miller dengan KTM sudah berada dalam genggamannya.  

Miller dikhabarkan sudah menandatangani kontrak bersama Tech3. Pasukan tersebut akan menyingkirkan salah seorang pelumba mereka sama ada Raul ataupun Remy. 

Sementara di pasukan KTM kilang pula, Brad Binder sudah selesa berada di dalam pasukan tersebut kerana sudah dikontrak sehingga 2023. Rakan pasukannya dipercayai sedang berunding untuk memperpanjangkan kontrak bersama KTM. 

Sekiranya perpindahan ini terjadi, Jack Miller akan bersatu semula dengan Francesco Guidotti iaitu bekas manager pasukan Pramac Ducati dahulu.

Comments

Follow Us