Macam ni gaya juara dunia??


Aleix Espargaro secara terang-terangan tidak senang dengan cara juara dunia MotoGP 8 kali, Marc Marquez yang kerap mengekorinya pada Hari Jumaat lalu.

Marc sememangnya gemar menjadikan pelumba lain sebagai rujukannya bagi mendapatkan pace yang lebih baik dan seterusnya memendekkan catatan masa. Pada hari pertama SpanishGP kali ini, Marc telah memilih Aleix sebagai sasaran.

Usai sesi latihan pada hari tersebut, Aleix menempelak strategi The Baby Alien kerana dilihatnya tidak adil. Pelumba Aprilia itu juga turut mempersoalkan kenapa Aprilia yang menjadi pilihan sedangkan mereka belum pernah menjadi juara dunia? Ternyata Aleix benar-benar marah dan setakat ini bukan dirinya sahaja yang berang dengan tingkah laku Marc tersebut malah pelumba-pelumba lain juga pernah lalui hal yang sama.

Comments

Follow Us