Misi sukar buat Aprilia.


Baru-baru ini Dorna telah menyatakan bahawa tiada pembukaan slot baharu untuk pasukan satelit pada tahun hadapan. Peluang hanya akan diberikan kepada mana-mana pengeluar menyertai saingan MotoGP sebagai factory team.

Aprilia pada awal musim telah memberitahu bahawa mereka merancang untuk menubuhkan satu pasukan satelit bermula tahun depan ekoran prestasi mereka yang kian baik. Untuk berkembang lebih maju mereka perlukan lebih banyak data kemasukan dan itu bermakna RS-GP perlu ditambah.

Walaubagaimanapun kini misi mereka tersebut nampaknya melalui sedikit kesukaran akibat tiada slot tambahan. Aprilia buat masa ini masih lagi optimis untuk mengadakan pasukan satelit dan itu membuatkan mereka perlu mendapatkan kepercayaan daripada pasukan-pasukan yang telah sedia ada sekarang. Dalam kata lain Aprilia perlu membuka tawaran yang menarik supaya dapat memikat mana-mana pasukan yang sedang bersaing di arena MotoGP masa ini.

Adakah mereka akan kembali bersama Gresini Racing? Juga tidak dilupakan sebelum ini terdapat ura-ura yang mengatakan RNF Racing sudah mendekati Aprilia. Kita tunggu dan lihat.

Comments

Follow Us