Pelumba Amerika perlu berada di kelas perdana..


Selepas mendiang Nicky Hayden menjadi juara dunia MotoGP, nampaknya pelapis pelumba dari Amerika hadapi perjalanan yang agak sukar dalam saingan sukan dua roda paling berprestij di dunia. Walaubagaimanapun usaha untuk melihat juara dunia baharu dari negara popular tersebut terus giat dilaksanakan.

Antara langkah yang dibuat oleh bekas pelumba-pelumba Amerika ialah menubuhkan satu pasukan khas bagi mengenengahkan bakat-bakat anak watan mereka. American Racing kini bertanding di kelas Moto2 yang dibarisi oleh Beaubier dan Kelly. Beaubier pada tahun ini merupakan musim keduanya manakala Kelly pula merupakan pendatang baharu yang dibawa ke kejohanan MotoGP selepas menjadi juara keseluruhan kategori supersport di kejohanan superbike Amerika.

Tidak dilupakan, Joe Roberts yang kini berada di Pasukan Italtrans juga dilihat sudah matang untuk diangkat lebih tinggi.


Justeru itu American Racing memberitahu media bahawa mereka kini sudah mengatur untuk bersaing di kelas utama MotoGP. Bukan sahaja telah yakin dengan kemampuan pelumba-pelumba mereka malah para penaja juga dikhabarkan sudah siap sedia untuk membantu projek tersebut agar berjaya direalisasikan.

Namun buay masa sekarang slot bagi pihak mereka berada di kategori perdana ternyata belum ada kekosongan. Ini antara cabaran yang harus dihadapi oleh pihak American Racing dan mereka perlu bersabar menanti slot dibuka oleh pihak penganjur.

Comments

Follow Us