Pengeluar Terkemuka Berminat Gantikan Suzuki?


Tiada lagi kelibat Pasukan Suzuki Ecstar didalam saingan MotoGP bermula musim hadapan setelah mereka mengumumkan penarikan diri ekoran dari masalah kewangan yang dialami oleh Suzuki. Penarikan diri Suzuki bukanlah hanya tertumpu keada MotoGP, mereka juga menarik diri dari kejohanan EWC.

Umum mengetahui Suzuki telah menandatangani perjanjian bersama penganjur MotoGP, Dorna untuk kekal didalam saingan MotoGP sehingga musim 2026 dan dengan penarikan ini, penalti 20juta euro bakal dikenakan kepada Suzuki.

Ketika bercakap kepada media, Carmelo Ezpeleta menerangkan bahawa kekosongan tempat yang ditinggalkan Suzuki hanya akan diisi oleh pasukan kilang dan bukanlah pasukan satelit. Tambah Ezpeleta, kini terdapat beberapa pengeluar motorsikal terkemuka dunia menyatakan hasrat untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Suzuki seawal musim hadapan.

Semestinya dunia MotoGP bakal kembali rancak dengan berita ini namun khabar angin mengesahkan bahawa Kawasaki bukanlah antara pengeluar yang berminat untuk menjadi pasukan baru MotoGP musim hadapan. Adakah Triumph, MV Agusta, BMW atau CF Moto?

Teruskan bersama Two Wheels..!

#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #MGPM #TWmy #MotoGP #Suzuki #Dorna #Carmelo #Triumph #MVagusta #CFmoto

Comments

Follow Us