Pengiklanan jenama arak diharamkan di GP Perancis


 

Pada yang mengikuti sesi latihan semalam, pasti anda dapat melihat kelibat pasukan suzuki beraksi tanpa ada logo penaja mereka iaitu Estrella Galicia 0,0. Logo tersebut digelapkan dengan warna hitam pada GP Perancis kali ini. 

Namun tahukah anda mengapa mereka melakukan perkara sedemikian? Jawapanya adalah ini kerana mereka mempunyai satu undang-undang yang dinamakan Evin’s Law. Di Perancis, mereka melarang apa jua jenama arak dipaparkan di sukan-sukan permotoran mahupun di sukan lain. 

📸Michelin Motorsports

Undang-undang ini dilaksanakan pada tahun 1991 berikutan kejadian melibatkan purata 49,000 orang mati setiap tahun di negara tersebut akibat arak. Jadi undang-undang ini dilakukan bagi mengurangkan pendedahan kepada rakyat Perancis sekaligus dapat membasmi perkara terlarang ini. 


Pelumba Ducati menggantikan logo penaja

Perkara ini juga pernah berlaku pada pasukan Ducati dimana mereka menghilangkan logo penaja utama mereka Mission Winnow dan digantikan dengan logo pelumba sendiri.

Tidak dilupakan juga perkara yang sama berlaku di F1 apabila pasukan Ferrari menghilangkan logo penaja utama mereka iaitu Mission Winnow di GP France kerana jenama tersebut ada berkaitan dengan kegiatan tembakau. 

Comments

Follow Us