Pol out, Mir in???


Ramai yang sudah ketahui bahawa Suzuki mungkin akan menamatkan penglibatan di arena MotoGP pada hujung tahun ini. Jika ia berlaku, maka juara dunia 2020, Joan Mir perlu mencari tempat baharu bagi kelangsungan kariernya.

Pasukan Repsol Honda baru-baru ini dipercayai tidak akan meneruskan kerjasama dengan Pol Espargaro selepas tamat kontrak tahun 2022. Pol yang baru bersama Honda nampaknya mengalami sedikit kepayahan untuk bertarung merebut kemenangan sehingga kini. Oleh sebab itu, prestasinya yang kurang memberangsangkan menyebabkan minat Honda mula terarah kepada Mir.

Untuk pengetahuan umum, Joan Mir belum pernah memacu jentera berenjin V4 sebelum ini. Jika beliau berjaya mendapatkan tempat di kem Repsol Honda, adakah beliau mampu melakukan persembahan yang lebih baik berbanding Pol? Tempat di Repsol Honda sememangnya merupakan kerusi panas dan menjadi idaman bagi setiap pelumba.

Comments

Follow Us