Raul dan Canet diperhati?


Semalam baru sahaja diumumkan pertalian kerjasama baharu antara Aprilia dan RNF Racing Team di mana pasukan dari Malaysia tersebut menjadi pasukan satelit buat Aprilia. Ini bermakna RNF akan menamatkan hubungannya dengan Yamaha pada hujung tahun ini.

Sudah tentu antara yang menjadi perhatian ramai ialah pelumba-pelumba yang akan dipilih bagi ditempatkan dalam pasukan RNF tahun hadapan. Dua nama yang disebut-sebut ialah gandingan pelumba MotoGP dan juga Moto2 iaitu Raul Fernandez bersama Aron Canet.

Raul sememangnya sudah diminati oleh Dato Razlan dari tahun lepas lagi namun tidak berjaya mengikatnya ekoran tindakan KTM yang meletakkan harga tebus kontrak yang terlalu tinggi. Aron Canet pula antara pelumba yang telah mendapat tawaran Aprilia satu ketika dahulu namun ditolak dipercayai kerana jentera RS-GP yang kurang kompetetif pada waktu itu.

Adakah gandingan ini akan menjadi kenyataan? Kedua-dua pelumba yang disebut ini ialah pelumba muda dan jika ia benar maka keempat-empat pelumba yang akan memacu jentera dari Itali itu terdiri daripada pelumba-pelumba Sepanyol.

Comments

Follow Us