RM92 juta penalti.


Secara sahnya Suzuki tidak akan lagi terlibat dalam kejohanan MotoGP bermula tahun hadapan. Keputusan tersebut amat mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini mereka telah memperbaharui kontrak penyertaan dengan Dorna untuk tempoh lagi 5 tahun. Namun apa yang berlaku nampaknya kontrak tersebut harus dibatalkan.

Selepas khabar hasrat Suzuki untuk keluar daripada MotoGP tersebar, pihak Dorna telah menghubungi mereka dan memperingatkan kembali perihal kontrak yang telah dipersetujui. Suzuki harus sedar bahawa penalti pasti akan dikenakan sekiranya kontrak tersebut dibatalkan secara tiba-tiba dan itulah yang terjadi sekarang.

Dikhabarkan penalti yang harus ditanggung Suzuki ialah penebusan kontrak bernilai RM92 juta. Ia perlu dibayar kepada Dorna selaku penganjur kejohanan dan pihak Suzuki juga dilihat akur akan hal tersebut. Walaubagaimanapun punca sebenar Suzuki mengambil langkah mengejut ini belum diketahui dan dilihat ia dirahsiakan. Ramai pihak yang mengatakan bahawa ia berkaitan isu kewangan semasa mereka yang tidak begitu bagus buat masa ini dan ada juga yang berpandangan pihak Suzuki pelu melabur banyak kos bagi tujuan peningkatan teknologi automotif mereka supaya terus relevan dalam persaingan global.

Comments

Follow Us