Selamat Tinggal Satelit Yamaha


Setelah Pasukan WithU RNF mengesahkan mereka akan beralih ke pengeluar Aprilia sebagai pasukan satelit bagi saingan MotoGP bermula musim 2023, persoalan timbul mengenai nasib pasukan satelit Yamaha.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama pasukan satelit MotoGP meninggalkan Yamaha. Sebelum ini Tech 3 yang telah bekerjasama selama 20 tahun juga meninggalkan Yamaha, sebelum Pasukan Petronas SRT mengisi kekosongan tempat pasukan satelit Yamaha.

Bercakap kepada media semalam, Lin Jarvis menyatakan keputusan yang dibuat oleh RNF amat mengejutkan kerana beliau yakin kontrak pasukan satelit Yamaha akan disambung untuk beberapa musim lagi. Dengan ketiadaan RNF sebagai pasukan satelit Yamaha, Lin Jarvis mengesahkan bahawa Yamaha hanya akan menurunkan 2 jentera pasukan utama musim hadapan tanpa pasukan satelit.

Dengan penyambungan kontrak pelumba utama Yamaha, Fabio Quartararo dan kontrak Franco Morbidelli sehingga penghujung musim 2023, nampaknya perpindahan Toprak dari WorldSBK ke MotoGP agak mustahil untuk berlaku.

Misi Yamaha untuk menjadi juara pengeluar semestinya akan menjadi semakin sukar bermula musim hadapan apabila hanya dua jentera akan berada di grid MotoGP. Adakah bakal kembalinya pasukan satelit Yamaha pada masa hadapan?

Teruskan bersama Two Wheels..!

#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #MGPM #TWmy #MotoGP #Monster #Yamaha

Comments

Follow Us