Yamaha Goyah Dimusim 2022

Setelah melalui 6 perlumbaan MotoGP pada musim 2022, jentera Yamaha nampak kurang memberi impak kepada saingan kelompok hadapan. Dari 4 jentera yang dibariskan (3 jentera kilang 2022 dan 1 jentera kilang 2021), hanya Fabio Quartararo mampu bersaing dengan kelompok hadapan dengan rekod 2 podium setakat ini.

Kegusaran kem Yamaha untuk mengharungi baki musim 2022 disuarakan oleh prinsipal pasukan Yamaha, Lin Jarvis didalam temubual bersama media semalam. Bagi Jarvis, beliau meletak harapan tinggi agar Morbidelli dapat bersama-sama Fabio di kelompok hadapan dalam misi mengejar kejuaraan musim ini namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Morbidelli nampak tidak bermaya untuk memberi saingan pada setiap perlumbaan, jentera pasukan satelit yang dipacu oleh Dovi serta Darryn juga kurang berbisa.

Ditanya mengenai perancangan pasukan kilang Yamaha musim 2023, Jarvis amat berharap untuk  menggabungkan duo terhebat Yamaha dari dua dunia berbeza iaitu Fabio dan Toprak. Secara tidak langsung ini bermakna juara dunia dari Turki itu bakal menggantikan posisi Franco Morbidelli.

Ternyata percaturan yang bakal digunakan oleh Jarvis pada musim hadapan adalah jalan terakhir untuk mengembalikan kegemilangan Yamaha di persada MotoGP. Ini kerana jika dilihat kepda gaya tunggangan Toprak, boleh dikatakan agresif seperti Fabio dan itu amat secocok dengan karakter M1.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us