Assen kekuatan Maverick..


Setahun berlalu buat Top Gun untuk kembali meraih podium. Secara kebetulan ia berulang di litar yang sama.

Kebangkitan Maverick terserlah sejak perlumbaan di German lalu apabila beliau mula menempatkan diri dalam kelompok hadapan sebelum terpaksa keluar daripada saingan itu atas faktor kerosakan jentera. Walaubagaimanapun jelas terlihat bahawa beliau mula serasi dengan RS-GP.

Namun gelagat Maverick di podium untuk tahun ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan tahun lepas di mana ketika bersama Yamaha, beliau nampak tidak gembira dan suram. Buat kali ini pula, kegembiraan yang terpancar indah dari raut wajahnya membuktikan beliau betul-betul berpuas hati dengan apa yang dirangkulnya walaupun sekadar di tempat ketiga.

Jika anda peminat MotoGP maka sudah tentu anda ketahui sebab perbezaan reaksi Maverick tersebut.

Comments

Follow Us