Betul ke ditendang keluar? Hanya setengah tahun peluang diberi??


Baru-baru ini telah dihebahkan perihal pengumuman barisan pelumba bagi Pasukan Tech3 KTM. Ia dipercayai akan dilakukan pada GP German minggu ini.

Setakat ini secara jelas kedengaran bahawa rookie yang cukup mendominasi Moto2 pada tahun lepas, Remy dan Raul bakal disingkirkan. Dengan kata lainnya, kedua pelumba tersebut tidak akan mendapat peluang kedua sama sekali sementelah pencapaian mereka setakat ini tidak dapat membuatkan Pit Bierer tersenyum. Ini kerana aksi mereka jauh lebih rendah daripada apa yang diharapkan oleh ketua KTM tersebut. Tambahan lagi, Herve Poncharal pula walaupun selaku pemilik Pasukan Tech3 namun tidak dapat berbuat apa-apa sekiranya Pit tidak menginginkan Remy dan Raul terus memacu RC16.

Amat malang bagi juara dunia dan naib juara yang mana langsung kehilangan tempat pada usia yang masih muda. Diharapkan supaya mereka dapat terus beraksi di arena MotoGP walaupun terpaksa kembali ke kategori Moto2.

Comments

Follow Us