Darryn kekal positif.


Rookie MotoGP yang mendapat banyak perhatian, Darryn Binder telah pun menyusun perancangan bagi terus kekal di arena MotoGP pada tahun hadapan. Pada awalnya beliau antara yang dilihat akan ketinggalan ketika beraksi di kategori perdana kerana langsung diangkat dari Moto3 nampaknya tidak sebegitu rupa.

Darryn sememangnya rookie yang layak dipuji kerana mampu menghadapi kritikan para peminat MotoGP dengan menunjukkan persembahan yang baik. Beliau bukanlah pelumba tercorot kini malah berada di kedudukan kedua dalam carta ROTY di belakang Bezzecchi dengan pungutan mata semasa sebanyak 10 mata.

Melihat akan situasi semasa, Darryn tidak menyangkal akan keberadaannya pada tahun hadapan di kategori perdana mungkin tidak akan menjadi realiti namun beliau kekal positif dengan harapan mampu beraksi di kategori Moto2. Beliau langsung tidak kisah sekiranya diturunkan kelas kerana itu juga peluang baginya untuk kekal bersaing di kejohanan MotoGP.

Ketika ini Sam Lowes ialah pelumba yang telah melalui hal tersebut. Beliau pernah berada bersama Pasukan Aprilia Gresini dan kemudian kembali ke Moto2. Beliau antara pelumba pilihan untuk mendapat gelaran juara dunia. Jika Sam Lowes boleh maka tiada yang mustahil bagi Darryn juga.

Comments

Follow Us