Dovi out, Dixon in?


Mengikut khabar terdekat, pelumba Britain, Jake Dixon yang kini sedang bersaing di kategori Moto2 telah mendapat panggilan daripada Pasukan RNF untuk menggantikan Andrea Dovizioso bermula siri German hingga ke akhir musim.

Walaubagaimanapun, Jake yang pernah menjadi pelumba gantian di MotoGP tahun lepas, telah menolak tawaran tersebut. Ia dipercayai kerana beliau ingin fokus kepada championship Moto2 dalam usaha mengejar gelaran juara dunia. Tambahan Jake dilihat tampil hebat pada musim ini dan sentiasa bersaing di kedudukan teratas baik di sesi qualifying mahupun perlumbaan.

Khabar itu juga secara tidak langsung menunjukkan hubungan pelumba senior MotoGP, Dovi dengan RNF berkemungkinan besar tidak begitu baik. Apapun tiada kenyataan jelas daripada pihak RNF sendiri ataupun Dovi.

Comments

Follow Us