- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pada hari pertama GermanGP kita dapat lihat Ducati mengganas dengan mengungguli catatan masa terpantas melalui pelumba utama mereka, Pecco Bagnaia. Pelumba Itali itu juga telah memadamkan rekod Marc Marquez yang dipegang selama ini. Lebih membanggakan, 3 teratas didominasi oleh Ducati dan 6 pelumba mereka berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 teratas.
Ducati begitu bersungguh-sungguh untuk kembali menang di litar yang dikatakan bukan 'favor' kepada mereka. Litar Sachsenring dikenali sebagai 'litar baring' di mana hampir 80% para pelumba perlu kekal dalam 'lean angle' lebih 45° bagi sepanjang satu pusingan penuh.
Kali terakhir Ducati memenangi perlumbaan GermanGP adalah pada Tahun 2008 melalui Casey Stoner. Perlumbaan yang penuh dramatik kerana berlangsung dalam keadaan hujan. Tambahan pencabar utama ketika itu, Dani Pedrosa telah kecundang ketika memacu solo 7 saat di hadapan dan akibatnya beliau tidak dapat meneruskan perlumbaan lalu membuatkan perjalanan Casey sedikit mudah. Walaupun ramai yang mengatakan kemenangan Ducati ketika itu hanyalah bernasib baik namun bak kata Vin Diesel, "winnings's winning".
Mampukah Ducati menamatkan kemarau kemenangan di sini kali ini? Dengan pertaruhkan 8 jentera maka kebarangkalian menjadi lebih tinggi.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment