Ducati kembali bangkit di Assen.


Litar Assen adalah antara litar yang menarik kerana kita dapat lihat kecepatan dan kelajuan jentera-jentera lumba di setiap selekoh. Litar bersifat 'fast-flow' sebegini memberikan cabaran di sudut kestabilan jentera terutama ketika pelumba menukar arah kiri dan kanan dalam kelajuan yang tinggi.

Dalam rekod, Ducati antara jentera yang sukar menang di sini namun pada perlumbaan lalu mereka telah berjaya menamatkan kemarau 13 tahun. Francesco Bagnaia menang dengan bergaya apabila berseorangan di hadapan meninggalkan pesaing-pesaing yang lain setelah memulakan perlumbaan di petak paling hadapan. Ternyata Pecco tidak mensia-siakan peluang yang dimiliki.

Terdahulu pada Tahun 2008, Casey Stoner telah menaikkan nama Ducati di Assen setelah berjaya menewaskan pencabar terdekat ketika itu iaitu Valentino Rossi. Stoner telah menunjukkan 'kehadirannya' bermula pada hari sesi latihan lagi dengan membuat rekod catatan masa baharu di sana dan menjadikan beliau sebagia pilihan utama untuk menang dan ternyata jangkaan tersebut menjadi kenyataan.

Comments

Follow Us