Kami menujum.


Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan gossip Pasukan RNF berkaitan barisan pelumba mereka untuk tahun hadapan, anda pasti telah mendengar beberapa 'klu' yang dinyatakan oleh Dato Razlan. Memang buat masa sekarang RNF sendiri belum 100% pasti kerana masih dalam proses pemilihan dan perbincangan namun senarai pendek yang ada pada mereka membolehkan kita meneka siapa yang berkemungkinan tinggi akan memacu RS-GP nanti.

Selepas ditanya oleh Simon minggu lepas berkenaan berkemungkinan kekalnya pelumba sekarang, jawapan Dato R memberi bayangan bahawa ia akan berubah. Ini bermakna Dovizioso mungkin akan kehilangan tempat.

Apa yang jelas seperti diberitahu sebelum ini, RNF memilih untuk membuat gandingan antara pelumba baru dengan berpengalaman namun yang baru itu bukanlah daripada Moto2 sekarang. Secara mudah, rookie tahun ini adalah seramai 5 orang dan pasti salah seorang adalah antara mereka. Menolak kemungkinan Bezzecchi dan Fabio kerana mereka nampaknya akan kekal bersama Ducati maka yang tinggal hanyalah Raul, Remy dan Darryn.

Bagi pelumba senior pula, pada artikel kami sebelum ini ada menyatakan bahawa berkemungkinan Alex Rins dan Raul yang akan digandingkan namun Dato mengatakan bahawa salah seorang sahaja yang akan dipilih. Oleh sebab itu kami melihat ia berkemungkinan besar ialah Alex Rins dan sang junior pula kekal milik Darryn berdasarkan prestasi yang agak baik dicapai oleh beliau setakat ini.

Adakah agakan kami ini mengena? 
Kita tunggu dan lihat.

Comments

Follow Us