- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Berita baik buat peminat jentera 250 inline4 dari Kawasaki, secara rasminya model Kawasaki ZX-25R bakal dilancarkan untuk jualan pada tahun hadapan, suatu penantian yang amat menyeksakan namun ianya berbaloi.
Perkara ini diumumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan semasa hari bersama media minggu lepas dimana syarikat kini telah bersedia untuk memperkenalkan empat model pemasangan tempatan (CKD) dan empat model import penuh (CBU) Kawasaki bermula penggal kedua tahun ini iaitu seawal bulan Julai.
Model-model Kawasaki yang bakal kembali menemui peminat dua roda di Malaysia adalah Ninja 250 dan Z250 yang telah mula dipasang di kilang Modenas manakala model Vulcan S, Z900, Z900 SE, Versys 1000 SE, ZX-10R, ZX-6R serta Ninja 1000 akan diimport dan diedar secara terus dibawah Modenas. Dengan erti kata lain, Modenas akan memasang model-model Kawasaki berkapasiti 650cc kebawah dan selebihnya adalah CBU.
Untuk rekod, model-model baru Kawasaki telah terhenti penjualan di Malaysia semenjak Kawasaki Motor Malaysia menghentikan pengedaran motorsikal Kawasaki di Malaysia bermula 1 Oktober 2021 dan proses kerjasama Modenas serta Kawasaki berjalan dari hujung tahun 2021. Kini secara rasminya kedua-dua pihak telah mempersetujui segala isu yang timbul sebelum ini dan bersedia untuk kembali menakluki pasaran tempatan.
Semoga berita ini akan kembali merancakkan industri dua roda tanah air.
Teruskan bersama Two Wheels..!
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment