Kesalahan Rookie dibalas penalti

 

Semalam berlangsungnya perlumbaan di TT Assen dimana kita dapat lihat banyak aksi dan drama berlaku di MotoGP sekaligus membawa sesuatu yang memuaskan untuk penonton dan peminat MotoGP. 

Selain comeback Aleix, perkara yang menjadi perhatian adalah kesalahan yang amat-amat jarang belaku pada seorang juara dunia iaitu Fabio Quartararo. Beliau membuat serangan yang terlalu awal menyebabkan beliau terjatuh dan melanggar lawannya di kejuaraan dunia iaitu Aleix Espargaro. 

Untungnya buat pelumba Aprilia tersebut, beliau berjaya mengawal jentera untuk menyelamatkan diri dan masuk semula ke trek, kembali berlumba pada kedudukan ke 15. Aleix berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke 4 membawa pulang mata yang berharga untuk merapatkan jurang Quartararo di Ranking Keseluruhan  

Akibat serangan agresif ini, pihak steward mengambil keputusan untuk mendenda ‘long lap penalti’ kepada Fabio Quartararo pada perlumbaan seterusnya di GP Inggeris nanti. 

Tambahan pula, jika dikenakan long lap penalti seperti ini, ianya lebih merugikan berbanding mendapat penalti ini ketika perlumbaan berlangsung 50%. Ini kerana pelumba perlu membuat penalti tersebut ketika beberapa lap yang awal.  Ketika ini jarak pelumba masih dekat dan jika terkena penalti, banyak pelumba lain yang akan menyusul di depan. 

Jika kita melihat data sebelum ini, Quartararo amat sukar mengejar lawannya jika beliau berada di belakang. Ini membuat kebarangkalian untuk Quartararo menang amatlah tipis melainkan ada magik.

Dalam sosial media, Quartararo sendiri mengaku bahawa beliau melakukan kesalahan seorang Rookie pada kali ini kerana terlalu gelojoh dan ‘push over the limit’ ketika perlumbaan masih lagi panjang. Untuk rekod, ini adalah DNF ke 2 beliau sepanjang berada di kem Factory Yamaha. 

Peluang lebih besar untuk Aleix mengejar kejuaraan pada tahun ini. Sama-sama kita saksikan.

Comments

Follow Us