Ketegangan tercetus antara Rins dan Taka.


Tidak dinafikan perlumbaan motorsikal kini menjadi jauh lebih sengit dan getir berbanding waktu dahulu. Ini kerana para pelumba kebanyakannya masih muda dan kemampuan jentera juga hampir sama walaupun berlainan jenama. Senggol-senggolan, cubit-cubitan sudah menjadi asam garam kehidupan pelumba-pelumba professional dunia ini namun pasti apabila ada kecelakaan yang berlaku, ia tidak disenangi oleh mereka yang terlibat dan akhirnya masing-masing menuding jari mengatakan pihak sana yang salah.

Inilah ketegangan yang tercetus antara Alex Rins dan Takaaki Nakagami selepas kemalangan yang dihadapi pada perlumbaan di Mugello minggu lepas. Dalam kemalangan tersebut, hanya Alex Rins yang terjatuh manakala Taka dapat bertahan dan meneruskan perlumbaan hingga ke garisan penamat.

Bercakap mengenai detik-detik kemalangan, Rins berkata beliau telah dilanggar oleh Taka selepas keluar dari satu selekoh. Rins berkata, beliau telah pun mengambil laluan lebih dalam (pancung) dan berjaya berada sedikit di depan Taka maka 'racing line' di apex luar selekoh menjadi miliknya namun Taka tetap berkeras 'full gas' demi menutup laluan dan kesan daripada tindakan itu jentera Taka melanggarnya menyebabkan beliau terjatuh. Ia satu tindakan kotor dan tidak seharusnya terjadi.

Rins menambah, usai perlumbaan, beliau bertemu Freddy dan menerangkan apa yang terjadi lalu menuntut supaya Taka dikenakan penalti. 

Di sebelah Taka pula, beliau berkata bahawa ini ialah perlumbaan dan sememangnya beliau akan tetap pertahankan kedudukannya selagi boleh. Tiada kesalahan yang dilakukan lebih-lebih lagi beliau masih di apex dan tidak keluar dari litar. Oleh sebab itu, Taka langsung tidak bersetuju jika dikatakan dirinya menjadi punca kepada perlanggaran tersebut.

Comments

Follow Us