Marc sukarela membantu masalah bayaran para pelumba junior.


Bagi seseorang pelumba professional dunia, kejohanan yang disertai merupakan tempat mereka 'cari makan' atau bahasa mudahnya tempat kerja. Berlumba itu merupakan kerja mereka dan semuanya dibayar oleh majikan masing-masing. Walaubagaimanapun jumlah pembayaran yang diterima oleh setiap pelumba adalah berbeza. 

Sungguh ramai penggiat dunia perlumbaan motorsikal yang idam-idamkan untuk layak dipilih ke MotoGP satu hari nanti. Pelaburan yang dibuat bukanlah sedikit kerana titik permulaannya ddalah dari zaman kanak-kanak pelumba itu sendiri. Ribuan malah boleh mencecah jutaan ringgit jika dijumlahkan keseluruhan perbelanjaan yang dibuat dari zaman pocketbike hinggalah ke tahap dunia bagi menjadikan seseorang itu sebagai pelumba professional.

Buat masa ini kita dapat lihat bahawa hampir ke semua pelumba lebih memilih untuk berlumba di kategori perdana MotoGP jika diberi peluang dan tidak begitu 'berkira' soal gaji. Hal ini telah mendapat perhatian Marc Marquez selaku pelumba motorsikal termahal dunia. Beliau melihat perkara itu sememangnya tidak patut terjadi sama sekali. Berlumba dengan kecepatan yang tinggi dan dalam risiko yang besar namun bayaran yang diberi kepada para rookie atau junior tersangat rendah.

Marc menambah, beliau telah ajukan hal tersebut kepada pihak atasan supaya diambil perhatian dan diberikan garis panduan sejelasnya supaya tidak berlaku sebarang bentuk kezaliman mahupun kekejaman. Marc yang menerima bayaran puluhan juta setahun sememangnya tidak terkesan langsung dengan masalah itu namun beliau memilih untuk menjadi wakil supaya ianya dapat diatasi. Dipercayai gaji yang paling rendah diterima ialah Remy Gardner dengan nilai hanya €100,000 setahun. Bagi baby alien, ia sunguh tidak masuk akal.

Jika dilihat ada betulnya apa yang disuarakan oleh Marc Marquez ini. Memang benar kini 'demand' untuk ke MotoGP tersangat tinggi sedangkan tempat teramat terhad namun biarlah ia selari dengan tahap kedudukan kejohanan itu sendiri. Amat memalukan jika perlumbaan kelas yang jauh lebih bawah seperti MotoAmerica atau British Superbike menyediakan bayaran yang lebih tinggi kepada pelumba-pelumba mereka berbanding MotoGP.

Comments

Follow Us