Marc tukar doktor pakar...


Marc dan Pasukan Repsol Honda telah membuat keputusan menukar kumpulan doktor pakar bagi rawatan lengannya yang patah. Jika sebelum ini Marc dirawat oleh Dr. Mir namun kini beliau akan dirawat oleh pakar lengan dan bahu, Dr. Joaquin Sanchez Sotelo. Hal penukaran tersebut dibuat tanpa pengetahuan Dr. Mir dan kumpulannya. Ini berikutan Repsol Honda agak tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh doktor tersebut.

Dr. Joaquin sememangnya pakar dalam bidang pembedahan khusus bagi bahagian bahu dan lengan. Hospital tempat beliau bertugas ialah di Minnesota, Amerika Syarikat. Beliau menuntut bidang perubatan di Madrid, Sepanyol dan berjaya bergelar doktor pada Tahun 1992. 

Sepanjang kariernya hingga kini beliau telah diberikan anugerah penghargaan dalam bidang perubatan sebanyak 15 kali iaitu bermula dari tahun 1994. Ini membuatkan beliau sangat terkenal dan diberi kepercayaan untuk menjadi ahli lembaga bagi 11 kumpulan pakar perubatan dunia. 

Dengan rekod perubatan yang sangat baik maka tidak hairanlah kenapa Pasukan Repsol Honda menukar kumpulan perawat bagi memulihkan ayam tambatan mereka, Marc Marquez.

Comments

Follow Us