- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
2022 menyaksikan sukan permotoran di dunia kembali rancak dengan kehadiran penonton setelah hampir dua tahun dianjurkan tanpa penonton atau dengan kehadiran penonton yang minima.
Ketika perlumbaan berlangsung 24jam Le Mans tempohari, jumlah penonton yang hadir adalah sebanyak 225 Ribu, satu angka yang amat mengejutkan semua pihak dan ianya memberi gambaran bahawa peminat amat menantikan aksi perlumbaan di litar.
Namun kegilaan penonton untuk hadir ke litar tidak terjadi didalam acara MotoGP. Ketua Pegawai Eksekutif DORNA, Carmelo Ezpeleta menyuarakan kegusaran beliau mengenai jumlah kehadiran penonton yang berkurang sepanjang berlangsungnya 9 pusingan MotoGP bagi musim 2022. Sebagai contoh, ketika MotoGP 2019 berlangsung di Mugello, kehadiran penonton ketika itu adalah 139 Ribu berbanding kehadiran tahun ini yang tidak sampai separuh.
Beberapa faktor dilihat oleh pihak penganjur MotoGP iaitu Dorna dan FIM, antaranya adalah faktor kenaikan harga tiket di setiap pusingan yang berlangsung.
Dari sudut peminat MotoGP pula, rata-rata menyatakan sudah kurang berminat dengan kejohanan tersebut kerana ketiadaan pelumba idola mereka di grid.
MalaysianGP yang bakal berlangsung pada November hadapan semestinya amat dinantikan oleh peminat MotoGP tempatan serta asia namun dengan kenaikan harga tiket serta ketiadaan Valentino Rossi dan Marc Marquez, adakah akan ada 'wow factor' lain untuk menarik hati peminat datang menonton di litar?
Teruskan bersama Two Wheels..!
#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #MGPM #MotoGP #Dorna
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment