- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Dalam usaha untuk menggiatkan lagi usaha mencungkil bakat pelumba muda, satu kategori sokongan iaitu SIC Ohvale Junior Championship akan diadakan sekali dimana peserta-peserta berumur dari 8 hingga 11 tahun dimana mereka semua telah disaring dan dipilih sama seperti Sesi Pemilihan FIM MiniGP Malaysia Series pada Februari 2022 lepas. Ironinya pada tahun ini untuk kategori sokongan SIC Ohvale Junior Championship, satu peserta cilik perempuan berumur 11 tahun akan bertanding didalam kategori sokongan.
Pihak MAM, SIC dan ZK Racing optimis bagi meneruskan kejuaraan ini yang telah diadakan untuk musim ke-3 dimana Juara untuk tahun 2020 iaitu Hakim Danish Ramlee telah mengorak langkah ke peringkat antarabangsa seperti Asia Talent Cup (2021/2022) dan European Talent Cup (2021/2022) serta telah beberapa kali menaiki podium untuk kedua-dua kejuaraan itu. Ini menunjukkan kejuaraan ini mampu mencungkil dan melahirkan pelapis-pelapis muda untuk dibawa ke peringkat antarabangsa. Kejuaraan FIM MiniGP Malaysia Series adalah satu kejuaraan yang diiktiraf oleh FIM dan Dorna Sports S.L selaku penganjur MotoGP™️ dimana ia adalah satu program Road to MotoGP™️ dan disertai 16 negara dari seluruh dunia.
“Pihak MAM amat berbesar hati kerana kejuaraan FIM MiniGP Malaysia Series akan memulakan perlumbaan pusingan 1 pada 4 dan 5 Jun 2022 ini dan ia akan sedikit berlainan tidak seperti tahun sebelumnya kerana ia akan diadakan di luar kawasan Selangor. Perlumbaan pada tahun ini dijangka lebih mencabar kerana ia akan berlangsung di beberapa litar di luar kawasan Selangor. Ia akan menjadi satu pengalaman baru untuk para pelumba dan juga penganjur perlumbaan. Seperti mana tahun sebelumnya, 2 pelumba dari mata tertinggi keseluruhan akan menempahkan tiket ke FIM MiniGP World Series yang dijangka akan diadakan pada 1 – 3 November 2022 di Valencia, Spain sempena perlumbaan terakhir MotoGP™️. Pihak MAM mengucapkan ribuan terima kasih kepada KBS & SIC kerana berterusan memberikan sokongan kepada FIM MiniGP Malaysia Series dan kami berharap dimasa hadapan akan lebih banyak bakat-bakat muda seperti Hakim Danish (Juara SIC MiniGP 2020), Farres Putra (Juara FIM 2021), Emir Idzhar (Naib Juara FIM 2021) dan Farish Hafiy (Tempat Ketiga FIM 2021),” kata Muizz Azli selaku Setiausaha Agung MAM.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata,”Musim baru, semangat baru dan beberapa penambahbaikan telah dibuat bagi meningkatkan lagi pembangunan sukan permotoran negara (2-roda) . Pejam celik, musim 2022 merupakan tahun ketiga program ini dianjurkan dan diharap akan terus berkembang maju di samping melahirkan pelumba pelapis yang bermutu tinggi. Kami juga amat berbangga pada tahun ini kerana dapat mencungkil pelumba cilik perempuan pertama iaitu Fatihah Balqis di dalam kategori SIC Ohvale Junior Championship 110cc. Pusingan 1 akan bermula pada hujung minggu ini, diharap para pelumba cilik akan lebih kompetitif dan menimba ilmu perlumbaan dengan sebaiknya,”
“Pada tahun ini adalah tahun kedua bagi kejuaraan FIM MiniGP Malaysia Series dan saya sangat gembira kerana perlumbaan Pusingan 1 akan berlangsung pada minggu ini. Buat pertama kali dalam 2 tahun kebelakangan ini, kejuaraan ini akan berlangsung tanpa SOP yang ketat seperti tahun 2020 dan 2021 dan saya berharap lebih ramai peminat-peminat dan penyokong hadir memberi sokongan pada pelumba cilik dan siri kejuaraan ini. Untuk kejuaraan kali ini kita masih lagi mengekalkan suasana seperti sebelum ini. Tetapi dari segi perkembangan pelumba, kami akan cuba perbanyakkan latihan intensif dan tahun ini juga saya sangat teruja kerana kejuaraan ini akan berlangsung diluar litar SIC dan ini adalah satu cabaran baru untuk kami menganjurkan serta cabaran untuk pelumba. Dengan kesempatan dan kelebihan berlumba di litar berlainan, kami berharap dapat melahirkan pelumba cilik yang berkualiti untuk dibawa keperingkat antarabangsa dan seterusnya,” kata Pengurus Pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment