Paolo Ciabatti masih yakin kemampuan Pecco.


Antara bos besar di kem Ducati, Paolo Ciabatti mengungkapkan keadaan semasa yang dihadapi oleh ayam tambatannya, Pecco selepas terjatuh ketika perlumbaan di Sachsenring lalu.

Mengakui bahawa jurang mata Pecco kini bertambah jauh dengan pendahulu, Quartararo iaitu dengan perbezaan 81 mata lalu menjadikan harapan untuk muncul juara dunia kian menipis namun beliau tetap optimis bahawa pelumbanya itu mampu bangkit kembali.

Kini Pecco berada di kedudukan ke-6 keseluruhan dan menjadi pelumba Ducati ketiga tertinggi iaitu di bawah Zarco dan Enea. Dengan keadaan perlumbaan masih berbaki 10 pusingan, Pecco mesti memastikan dirinya sentiasa mendapat podium dan berada di hadapan Fabio. Ia satu tugasan yang amat sukar memandangkan keadaan Fabio kini dilihat sungguh mendominasi perlumbaan walau di mana pun ia berlangsung.

Comments

Follow Us