Perbezaan RS-GP Maverick dengan Aleix.


Zaman semakin berkembang, teknologi semakin maju. Hal ini menjadikan dunia perlumbaan motorsikal sekarang menjadi semakin rumit dengan penambahan peralatan-peralatan canggih kerana ia merupakan satu keperluan dalam memastikan kemenangan berpihak kepada satu-satu pasukan.

Peristiwa malam tadi yang melanda Maverick Vinales menjadikan beliau yang pada mulanya tampil hebat namun akhirnya terpaksa kembali ke pit. Ia berikutan masalah rear-height device jenteranya yang kerosakan lalu menjadikan bahagian belakang RS-GP tersebut tidak kembali ke posisi asal.

Untuk pengetahuan semua, RHD kedua jentera Aprilia itu bersifat berlainan di mana Maverick menggunakan automatik RHD manakala Aleix pula manual. Secara logiknye yang bersifat auto akan lebih mudah dikendalikan kerana ia akan bekerja sendiri ketika perlu namun ia juga berkemungkinan besar mudah mengalami kerosakan.

Apapun semalam kita semua telah melihat Maverick mula bersaing di hadapan dalam merebut podium. Beliau tidak lagi tercicir jauh dari rakan sepasukan. Ini merupakan petanda positif daripada Maverick dan juga Aprilia. Semoga beliau berjaya mendapat podium pertama bersama Aprilia pada tahun ini.

Comments

Follow Us