- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
KTM mula menyertai arena MotoGP pada Tahun 2017 dengan keadaan satu-satunya jentera yang menggunakan chassis besi. Mereka tidak terikut dengan pengeluar-pengeluar lain yang menggunakan aluminium sebagai rangka asas kerana KTM yakin bahawa pilihan mereka adalah terbaik dan akan mampu muncul juara satu hari nanti.
Permulaan di tahun pertama dilihat tidaklah begitu buruk buat mereka. Pada perlumbaan debut di Qatar, Pol Espargaro telah menamatkan perlumbaan di kedudukan ke 16 dan mula berjaya memungut mata pada perlumbaan seterusnya iaitu di Argentina. Rakannya, Bradley Smith juga memungut mata selepas tamat di tempat ke 15 di ArgentinaGP tersebut. Ia sungguh mengagumkan dan membuat kem KTM terutama Pit Beirer sangat gembira lalu menjadikan semangat juangnya membuak-buak untuk terus mengejar kejayaan.
Pit pernah berkata bahawa satu hari nanti KTM akan menjadi juara dunia namun kemenangan pertama harus terlebih dahulu dicapai. Di tahun ke-4 keterlibatan mereka di MotoGP, akhirnya rookie, Brad Binder, telah berjaya menjulang nama KTM selepas memenangi perlumbaan di Republic Czech. Yang lebih menkjubkan ialah ia merupakan perlumbaan ketiga Brad di kategori perdana.
Dalam wawancara khas bersama Pit sempena kemenangan itu, beliau seakan tidak percaya dengan kejayaan tersebut kerana baginya ia terlalu awal. Hanya 3 tahun diperlukan dalam membangunkan jentera untuk tampil kompetetif dan itu sangat ajaib. Ia juga merupakan satu bukti bahawa jentera mereka, RC16 sudah bersedia untuk merebut gelaran juara dunia.
Melihat kepada rekod kejayaan-kejayaan para rookie KTM maka Pit tidak meletakkan target yang rendah dalam kemnya. Bagi Pit projek pembangunan jentera terus berlangsung dan beliau inginkan para pelumba yang mempunyai semangat juang untuk terus mara bagi memastikan perojek tersebut berjalan lancar. Oleh sebab itu hanya mereka yang betul-betul layak sahaja akan dipilih bagi diangkat ke kategori utama MotoGP.
Walaubagaimanapun apa yang terjadi sekarang sungguh mendukacitakan. Pit melihat rookienya, Remy dan Raul terus bermasalah dan mula berputus asa. Menurut Pit, keduanya tidak bersungguh dalam projek pembangunan KTM sekarang. Mereka pada tahun lepas telah selesa berada di hadapan maka apabila kini hampir setiap perlumbaan berada di kedudukan terakhir membuatkan juara dunia dan naib juara itu mula hilang 'selera'. Pit yakin permasalahan bukan daripada jentera namun sikap keduanya yang membuatkan mereka merudum.
Pit akui tahun ini merupakan satu kesilapan kerana telah membawa dua rookie berada di garaj yang sama. Pengajaran yang beliau dapat daripada eksperimen ini ialah, mereka harus menggandingkan rookie dengan senior supaya sang rookie dapat membangun dengan cepat dalam bimbingan senior.
Jika kita ingat kembali kepada kisah Zarco dahulu, Pit telah bertekad untuk tidak akan mengambil pelumba yang tiada pengalaman memacu jentera berenjin V4 dan kini nampaknya syarat baharu telah ditambah iaitu rookie tidak akan digandingkan dalam satu pasukan. Pit akan terus bereksperimen bagi memastikan kem KTM terus tampil berdaya saing dalam usaha menggenggam gelaran juara dunia namun dalam masa sama kita akan melihat 'tikus makmal' terpaksa akur akan nasib yang bakal dihadapi.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment