Quartararo dan Yamaha berang dengan keputusan Steward

 

Pihak steward dengan sebulat suara memberi denda long lap penalty kepada Quartararo untuk perlumbaan seterusnya atas apa yang berlaku pada perlumbaan minggu lalu antara Quartararo dan Aleix Espargaro.  

Namun keputusan itu nyata tidak memberi kepuasan di kem Yamaha dan menyatakan keputusan tersebut tidak adil. Quartararo dikatakan berlumba dengan tidak bertanggungjawab dengan memotong secara agresif dan mengakibatkan pelumba lain hampir terjatuh. 

Namun Quartararo membuat satu penulisan di IG Story beliau menyatakan ketidakpuasan hatinya. “Nah... Satu pusingan panjang untuk perlumbaan seterusnya.  Sekarang anda tidak boleh memotong kerana mereka fikir anda terlalu bercita-cita tinggi.”

“Daripada awal tahun lagi pelumba lain buat tapi dikatakan ‘Racing Insiden’ tapi jika saya, bahaya sangat pulak katanya. Tahniah Steward atas kerja yang anda lakukan! Selepas ni saya tak potong dah sebab malas pikir pasal penalti, Cuti yang baik dan jumpa anda di Silverstone! ” ungkap Quartararo  

*min translate bahasa kite2

Selain itu, pihak pasukan Yamaha juga membuat satu kenyataan berhubung kes ini. Team Director, Maio Meregali menyatakan fabio tidak menjatuhkan sesiapa dan Aleix masih mendapat Point. Pihak race direction tidak konsisten dalam memberi hukuman kepada pelumba jika kita lihat kemalangan sebelum ini lebih teruk namun tidak dihukum.

Comments

Follow Us