Tawaran istimewa buat Danillo Petrucci.


Pelumba yang sentiasa tenang dan tidak kedekut senyuman walaupun sedang dilanda krisis, Danillo Petrucci kini mendapat tawaran yang istimewa.

Bekas pelumba Ducati MotoGP itu dahulunya pernah berpindah ke Pasukan Tech3 KTM untuk tempoh satu musim kemudian terpaksa keluar dari dunia MotoGP kerana gagal mendapatkan tempat. Walaubagaimanapun beliau masih kekal dalam dunia perlumbaan dengan beralih kepada raliy Dakar. Mengejutkan ramai pihak selepas berjaya memenangi satu pusingan di perlumbaan paling mencabar dunia itu, beliau kemudian berpindah ke arena superbike Amerika.

MotoAmerica merupakan antara kejohanan terkemuka dunia dan dipandang ramai pihak. Berbekalkan pengalaman, Petrux nampaknya tiada masalah untuk memberi tekanan dan cabaran kepada pelumba-pelumba lain. Beliau dilihat sangat mampu untuk menjulang piala juara keseluruhan yang dinanti-nantikan oleh Ducati setelah mana Yamaha amat mendominasi di sana.

Dikhabarkan Petrux ditawarkan tempat di kejohanan superbike dunia seandainya beliau mampu menjulang nama Ducati di pentas MotoAmerica. Dengan kata lain perancangannya ialah menggandingkan beliau dengan Alvaro Bautista bagi menumpaskan pencabar terkuat iaitu Kawasaki dan Yamaha.

Comments

Follow Us