Tiada Bottas 2.0 di kem Red Bull


Pasukan Red Bull racing. Ya, pasukan inilah yang memecah dominasi pasukan Mercedes pada tahun lepas apabila Max Verstappen menjuarai kejuaraan pelumba Formula 1.

Namun semenjak itu, timbul kritikan daripada para pemerhati mahupun peminat-peminat Red Bull itu sendiri mendakwa pasukan itu pilih kasih antara Max Verstappen dan Sergio Perez (Checo).

Majoriti mendakwa Max Verstappen menjadi pilihan utama RB berbanding Checo sehingga pasukan RB digelar Mercedes 2.0 . Namun itu merupakan lumrah dalam arena sukan permotoran apabila dalam sesebuah pasukan itu akan wujud pelumba utama dan pelumba sokongan (wingman).

Lima sebab Red Bull tidak pilih kasih :

1.   Prinsipal Red Bull, Christian Horner menyangkal kritikan daripada ayah Max tentang Checo. Jos Verstappen mendakwa pasukan RB kurang memberi bantuan kepada Max dan melebihkan Checo ketika perlumbaan berlangsung. Namun perlu diingat sebelum Checo memenangi Monaco GP beliau mengatasi Max Verstappen 2 sesi latihan pada Sabtu.

2.   Sejurus selepas memenangi Monaco GP, pasukan Red Bull mengesahkan bahawa mereka telah melanjutkan kontrak baru selama 2 tahun kepada Checo. Prestasi beliau yang memberangsangkan sejak awal musim memberi keyakinan Red Bull untuk terus bersama mencipta kejayaan.

3.   Ketika perlumbaan di Azerbaijan GP, berlaku kontroversi di mana Checo diberi arahan oleh jurutera perlumbaan beliau untuk memberi laluan kepada Max. "No fighting," kata Hugh Bird dalam perbualan radio dengan Checo. Ketika itu catatan masa pace pusingan Max lebih laju berbanding beliau dan situasi jenis tayar jenteranya berbeza dengan Max. 

"Siapa lebih laju, dia layak menang," jelas Checo ketika disoal mengenai arahan kontroversi itu. Arahan tersebut juga penting untuk mengelakkan sejarah hitam di Baku 2018 berulang kembali.

4.   Mengikut kiraan mata kejuaraan pemandu semasa, Max Verstappen dan Sergio Perez menakluki dua tempat teratas. Dari sini kita boleh melihat bahawa jurang pilih kasih itu semakin tiada. "Perbezaan mata kejuaraan mereka berdua tidak jauh. Sesiapa sahaja boleh menang," jelas Horner ketika disoal mengenai potensi Checo dalam kejuaraan F1.

5.   Toto Wolf pernah berkata, "Max adalah seorang pejuang (fighter) yang muda dan dia tidak mudah mengalah ketika berlumba dengan Lewis." Ini memberikan gambaran bahawa RB bukanlah memanjakan Max tetapi pasukan RB sedaya upaya melindungi pelumba mereka yang mengemudi perlumbaan.

Checo digelar digelar 'Bottas 2.0' dan ada juga memberi gelaran menteri pertahanan kepada beliau namun dengan situasi semasa beliau mempunyai peluang cerah untuk bergelar juara dunia. 

Prinsipal Red Bull Racing, Christian Horner menegaskan kedua-dua pelumba beliau mempunyai peluang yang sama mendapatkan gelaran juara dunia pada November.

Teruskan Bersama Two Wheels..!

#TwoWheels #TWmedia #FourWheels #TWinfo #Mgpm #F1 #MV1 #SP11 #redbullracing

Comments

Follow Us