Tiada rookie di RNF Racing tahun depan.


RNF pada tahun hadapan akan bersama dengan Pasukan Aprilia dalam bersaing di arena MotoGP. Mereka berpindah daripada Yamaha kepada Aprilia atas sebab pakej yang ditawarkan sangat menarik dan menepati visi RNF.

Bagi meneruskan cabaran musim hadapan, Dato Razlan memberitahu beliau akan kekalkan corak gandingan pelumba-pelumbanya antara yang baru dan juga berpengalaman. Jika sebelum ini yang baru tersebut adalah daripada Moto2 namun kali ini mereka akan melihat pelumba-pelumba muda yang sudah sedia ada di kelas perdana.

Sememangnya pada tahun ini rookie yang diangkat agak ramai iaitu seramai 5 orang dan mereka boleh dikatakan masih dalam fasa pembelajaran dan memahami rentak saingan di kelas tertinggi. Rata-rata mereka itu belum lagi mengeluarkan kemampuan 100% memandangkan masa untuk menyesuaikan diri terutama dengan jentera adalah masih baru. Oleh sebab itu ia sangat relevan jika mereka dikekalkan dan terus diberi peluang dalam usaha mengejar kejayaan.

Comments

Follow Us