- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Sebelum ini kita telah dengar khabar bahawa juara dunia wsbk 2021, Toprak Razgatlioglu akan dibawa ke arena MotoGP. Pihak Yamaha telah merencana langkah tersebut setelah mana melihat kemampuan Toprak yang dianggap agak luar biasa.
Walaubagaimanapun dengan perpindahan Pasukan RNF ke Aprilia, maka tahun hadapan Yamaha hanya memiliki dua buah jentera untuk saingan MotoGP. Ini bermakna tiada lagi tempat kosong yang boleh diisi oleh pelumba dari Turki tersebut memandangkan kontrak telah pun dimiliki oleh Fabio dan Franky.
Dalam kenyataan terbaru, Toprak bersyukur dengan apa yang terjadi kerana beliau amat ingin kekal bersaing di pentas superbike dunia. Beliau bercita-cita untuk mengumpul banyak gelaran juara dunia di sana setakat mana mampu. Bagi Toprak, jiwa beliau lebih terarah kepada wsbk berbanding MotoGP walaupun ramai pelumba professional lebih memilih MotoGP jika mendapat peluang kerana ia arena tertinggi dalam sukan dua roda.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment