- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pasaran pelumba MotoGP musim 2023 makin sempit dengan ketiadaan pasukan Suzuki serta satelit Yamaha. Sesetengah pasukan juga inginkan keputusan segera didalam saingan untuk menjadi pasukan terbaik hinggakan memperjudikan masa depan pelumba. Pasukan ingin tunjukkan yang terbaik supaya lebih banyak penaja hinggap dan penaja pula inginkan lebih 'airtime' jenama mereka di media agar berbaloi dengan pelaburan yang dibuat.
Setakat ini beberapa pelumba termasuk Jack Miller, Fabio Quartararo, Maverick Vinales dan Aleix Espargaro telah mengesahkan tempat didalam pasukan utama yang bakal beraksi musim depan dan mereka kini boleh menarik nafas lega.
Sedar dengan keadaan semasa di grid untuk saingan musim hadapan, Jorge Martin mengutarakan amaran buat Ducati agar menunaikan janji mereka untuk menempatkan beliau di pasukan utama Ducati atau beliau akan berpindah ke pasukan kilang yang lain pada musim hadapan. Bagi beliau, prestasi beliau pada musim lalu dan musim ini agak terganggu ekoran kecederaan yang dialami dari tahun lepas namun beliau menegaskan bahawa boleh beraksi lebih baik jika sembuh sepenuhnya dan diberi peluang di pasukan utama.
Untuk rekod, setakat 9 pusingan musim ini, Martinator hanya berjaya menaiki podium sebanyak 2 kali dan bersara pada 4 perlumbaan, berbanding rekod 3 podium dan 2 DNF yang ditunjukkan oleh Johann Zarco setakat ini. Siapakan pilihan Pasukan Ducati Lenovo untuk menjadi pengganti Jack Miller? Adakah kedua-dua mereka tidak terpilih dan Enea Bastianini menjadi pilihan Ducati?
Teruskan bersama Two Wheels..!
#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #MGPM #TWmy #MotoGP #Ducati #Pramac #JM89
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment