Yamaha kembali gah di Sachsenring selepas 12 tahun.


12 tahun, satu tempoh yang agak lama bagi kem Yamaha menunggu untuk kembali gah di Litar Sachsenring, Jerman. Dahulunya pasukan Yamaha bersorak kegembiraan ketika Rossi muncul pemenang pada Tahun 2009 dan kali ini, 2022 giliran Fabio pula.

Dalam rekod yang tercipta, Yamaha telah memenangi GermanGP di era MotoGP sebanyak 4 kali. Rossi pelumba mereka yang paling berjaya di sana dengan kemenangan terkumpul ialah 3 kali iaitu Tahun 2005, 2006 dan 2009. 

Secara tidak langsung, Fabio perlu menang 3 kali lagi dengan Yamaha di Sachsenring bagi memadam rekod The Doctor tersebut. Adakah beliau mampu berbuat demikian? Melihat kepada usianya yang masih muda dan keserasiannya dengan M1, seandainya beliau kekal bersama Yamaha untuk tempoh 4 tahun lagi maka rekod baru boleh dicipta.


Comments

Follow Us