3 jentera berbeza, jinak di tangan Maverick.


This is Top Gun. 

Bersaing di peringkat tertinggi dunia kemudian berjaya berdiri di atas podium merupakan idaman setiap pelumba professional di arena MotoGP. Pun begitu, liku-liku yang perlu direntasi bukan alang kepalang kerana ia mengandungi segala bentuk jerit perih. Hanya yang berjiwa kental sahaja akan mampu melepasinya.

Menjadi antara senior di kelas perdana, Maverick Vinales mencipta rekod yang sukar ditemui iaitu menaiki podium dengan 3 buah jentera yang berbeza. Seperti yang kita sedia maklum, setiap jentera mempunyai karakter tersendiri dan seorang pelumba haruslah cepat memahaminya supaya keserasian dapat dicapai.

Rekod peribadinya setakat ini mencatatkan podium empat kali dengan Suzuki, 24 kali dengan Yamaha dan sekali dengan Aprilia, menjadikan jumlah keseluruhan ialah 29. Bersama Suzuki beliau hanya memacu GSX-RR selama dua tahun manakala Yamaha M1 pula 5 tahun. Kini beliau bersama Aprilia kira-kira 2 tahun dan ramai yang yakin beliau akan terus menambah koleksi piala.

Comments

Follow Us