Andrea Dovizioso Tiada di Grid MotoGP musim depan

 

Comeback pelumba RNF Racing Team, Andrea Dovizioso tidak berjalan mulus apabila beliau tidak dapat bersaing dengan pelumba lain seperti yang diharapkan setelah setahun meninggalkan MotoGP. 

Jadi Dovi telah megesahkan bahawa beliau tidak akan berlumba untuk musim depan kerana merasakan beliau sudah tidak berdaya saing lagi. Berita ini tidak menghairankan kerana melihat prestasi bekas 3 kali runner up tersebut, amat mengecewakan jika dibandingkan ketika beliau berada di Ducati dulu. 

“Pasti saya tidak akan berlumba musim depan, berkali-kali saya berkata, jika saya tidak kompetetif maka saya tidak mahu berada disini lagi” ungkap pelumba RNF tersebut  

Selepas berpisah daripada Ducati pada penghujung 2020 dan kemudian beliau menguji Aprilia. Namun Dovi lebih memilih tawaran Yamaha ketika itu untuk kembali ke MotoGP bersama pasukan Petronas (kini RNF) Yamaha bermula September 2021.

Beliau memilih keputusan tersebut bertujuan untuk memulihkan prestasi yang membawanya kepada enam podium pada satelit M1 di Tech3 pada tahun 2012, namun kini beliau gagal apabila di kem Yamaha, hanya Fabio Quartararo yang mampu menjinakkan M1. Yamaha kini bukan jentera yang mesra lagi jika dibandingkan dengan Ducati. Apakah nasib Dovi selepas ini? Kita nantikan. 

Comments

Follow Us