- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Dalam apa jua bidang sukan pasti tidak dapat lari daripada kos perbelanjaan yang tinggi lebih-lebih lagi jika ia bertaraf dunia. Bagi peminat sukan dua roda tempatan maka sudah tentu ramai yang telah menyedari akan hal tersebut.
Bagaimana kejohanan perlumbaan motorsikal dapat dijalankan dari dulu hingga sekarang?
Jawapannya sudah tentu kerana tajaan yang dihulurkan oleh para ahli perniagaan yang mana digunakan untuk menampung kos perbelanjaan keseluruhan.
Di Malaysia, budaya menghulur tajaan untuk sukan permotoran dilihat sangat lemah dan mundur jika dibandingkan dengan negara-negara di eropah. Oleh sebab itu ia menjadi satu cabaran buat penggiat sukan ini terutamanya Zulfahmi selaku pengurus pelumba-pelumba pelapis.
Zulfahmi kini sedang giat berjumpa pihak-pihak yang dirasakan perlu untuk mendapatkan tajaan bagi menaikkan pelumba negara ke pentas dunia. Buat waktu ini Damok ialah pelumba yang sememangnya layak untuk diangkat berlumba di pentas MotoGP. Walaubagaimanapun pihak ZK Racing perlu mendapatkan sejumlah wang terlebih dahulu.
Justeru itu, Zulfahmi menyeru agar ramai pihak usahawan negara tampil untuk menyemarakkan lagi dunia sukan dua roda. Seperti yang kita tahu, ini juga peluang buat ahli perniagaan tempatan untuk menghebahkam produk-produk mereka supaya dikenali di seluruh dunia. Selain itu mereka juga dapat menggunakan para pelumba kita menjadi duta dan juru cakap dalam majlis-majlis tertentu. Para pelumba tempatan sememangnya mempunyai ramai pengikut terutamanya di laman sosial maka itu adalah salah satu kelebihan buat kedua-dua pihak.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment