- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Sedang diusahakan, itulah yang mampu diperkatakan sekarang. Zulfahmi dalam kenyataan terbaharunya memberi khabar baik buat pelumba negara dan peminat menjelang perlumbaan MotoGP di Sepang nanti di mana satu slot wild card akan diberi oleh Dorna.
Buat masa ini ia belum mutakhir namun peratusan untuk memperolehnya adalah tinggi. Tanpa ragu-ragu, Zulfahmi memberitahu para media bahawa slot tersebut akan diberikan kepada Damok kerana beliau yang paling layak. Ia juga peluang terbaik untuk Damok menyerlahkan bakatnya di laman sendiri dalam pentas saingan dunia.
Berkenaan isu jentera pula Zulfahmi mengatakan beliau akan usaha untuk mendapatkannya bagi kegunaan Damok nanti. Ini kerana Damok tidak boleh menggunakan jentera yang digunakannya sekarang di JuniorGP.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment